12 June 2021

'NASI KANGKANG': RAMAS NAJIS DALAM MANGKUK TANDAS - BABY SHIMA DIKRITIK TAK SENSITIF



Nama penyanyi Baby Shima nampaknya menjadi bualan apabila dilihat seperti sengaja mencipta elemen sensasi bagi meraih kontroversi, setiap kali tampil dengan filem pendek di YouTube.

Kali ini filem berjudul 'Nasi Kangkang' pula menjadi kritikan ramai apabila babak Shima memegang najis dalam mangkuk tandas dipaparkan secara terbuka tanpa mengendahkan sensitiviti penonton.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 29, bagaimanapun telah tampil menjelaskan mengenai kritikan itu dengan mengatakan dia hanya ingin menghasilkan sebuah karya yang lebih nyata dan sempurna.

"Soal perlu atau tidak saya nak tunjukkan benda tu secara real... ia sama seperti sebuah filem atau karya, saya nak tampil all out. Saya cuba all out supaya ia kelihatan sempurna dan mudah difahami. Saya minta maaf kalau ada yang rasa jijik, saya tak maksudkan apa pun. Lagipun saya cuma berkarya kat YouTube, bukan di TV," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Pada Khamis, Shima tampil dengan filem pendek terbaharu yang memaparkan kisah penggunaan nasi tangas atau nasi kangkang bagi merujuk kepada amalan ilmu sihir untuk menundukkan suami. Perbuatan terkutuk ini dibuat bagi memastikan suami akan sentiasa berada di bawah telunjuk si isteri.

Sebahagian babak daripada filem berdurasi hampir 14 minit berkenaan iaitu aksi Shima mengambil najis untuk dijadikan ramuan masakan nasi sihir itu dimuat naik di Instagram.

Dalam pada itu penyanyi lagu 'Pura-Pura Bujang' ini berharap penonton lebih bersikap terbuka dan cuba menerima mesej yang ingin disampaikan.



"Saya rasa video yang dihasilkan ok je... tapi kalau orang tu datang dengan fikiran yang negatif, negatif la jadinya. Lagipun ada pengajaran di setiap cerita, jadi kena tengok betul-betul sampai habis sebelum komen," ujarnya.

Ditanya berhubung lakonannya dalam filem pendek tersebut yang dikatakan masih tidak berkualiti, Shima bagaimanapun seperti enggan mengambil serius teguran berkenaan.

"Cari juga, ada ke orang komen kata lakonan saya kayu? Alhamdulillah tak ada... oh ya, kalau kayu tak ada la dipanggil berlakon filem. Sebelum buat drama pendek ni, saya dah mula berlakon di Indonesia. Tapi kalau ada orang cakap macam tu pun saya tak boleh nak cakap apa, itu pendapat orang... saya hargai pendapat mereka," katanya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: