12 June 2021

"TUTUPLAH AIB KAMU!" - MAT DAN DITEGUR KONGSI FOTO THROWBACK BERTATU DI BAHU



"Rindunye rambut saya..🥴 Tengah scroll cari gambar lama nak tunjuk ke Zayne Daddy dia dulu mcm mane. Macam Keith Richards je dia kata..🤣 (ke Daddy dia kata)..🧐," demikian tulis pengacara dan pelakon Mat Dan yang berkongsi sekeping foto 'throwback' ketika zaman usianya di laman Instagram miliknya.

Melihat pada foto yang dikongsikan, ia memaparkan gaya rambut Mat Dan yang sedikit panjang dan memperlihatkan tatu di kiri dan kanan tubunhnya.

Meninjau di ruangan komen entri berkenaan, para pengikut Mat Dan meninggalkan respon yang berbeza. Selain respon positif, ada juga yang kurang selesa melihat Mat Dan berkongsi foto lamanya yang memaparkan tatu itu.

"Tutuplah aib kamu, Allah akan tutup aib kamu yang lain. Pengaruh tatu, bukan satu perkara baik, tambahan kalau kita dah bertaubat. Renung-renungkanlah," kata seorang pengguna Instagram.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, netizen lain pula berpendapat perkara itu tidak mendatangkan isu negatif kerana Mat Dan yang fasih menguasai dialek Terengganu itu merupakan seorang mualaf.

"Dia asal memang ori Mat Saleh nak buka aib apa pulak, yang kita hairan asal keturunan Melayu Islam buat tatu, retis pun ada," ujar netizen lain pula.

Untuk makluman, Mat Dan mendirikan rumah tangga dengan wanita kelahiran Terengganu iaitu Nadia Adnan pada Mac 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Muhammad Zayne Tyler dan Eydan Yusoff Tyler.

Mat Dan yang berasal dari Bristol, United Kingdom itu mula menetap di Malaysia sejak tahun 2009.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: