21 March 2017

SAKIT KANSER - IDRIS KHAN BANTU BADAN AMAL



Akibat sedih melihat rakannya menderita sakit kanser dan ada juga yang telah meninggal dunia disebabkan penyakit tersebut telah menyebabkan pelakon Idris Khan kini aktif membantu pesakit kanser di seluruh Malaysia melalui badan amal.

"Saya memang rasa sedih bila melihat rakan dan saudara yang menderita kanser hingga ada yang meninggal dunia. Oleh itu, saya kini giat membabitkan diri dalam program amal untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahayanya kanser.





"Ikhlasnya untuk merawat sakit kanser ni kita perlu ada semangat yang tinggi untuk berjuang melawan segala masalah yang kita hadapi. Pernah seorang rakan saya dikatakan oleh doktor hanya mempunyai masa 6 bulan sahaja untuk hidup, tetapi dia akhirnya masih hidup bertahun-tahun," ujar Idris Khan yang ditemui dalam majlis Sambutan Hari Pengasas Pakar Kulit Dr. Ko, di BSC Bangsar semalam.

Untuk info, Idris Khan dan Dynas Mothtar telah dilantik oleh Dr. Ko Specialist sebagai duta mereka bagi membantu pesakit kanser di bawah naungan badan-badan amal seluruh negara.

KLIK UNTUK GAMBAR BESAR


Terdahulu dalam majlis tersebut, pengasas Klinik Pakar Kulit Dr. Ko, Dato Dr Ko Chung Beng telah bersetuju untuk membantu pesakit kanser seluruh Malaysia bagi tahun kedua bermula bulan Mac ini.

Dengan setiap transaksi di Klinik Pakat Kulit Dr. Ko, RM1 akan disumbangkan kepada badan kebajikan terpilih. Setakat ini, Dr. Ko telah menyumbang RM27,000 (2016) dan menyasarkan sumbangan lebih RM50,000 pada tahun ini

"Hidup kita akan lebih bermakna apabila kita membawa perubahan positif kepada masyarakat dan kehidupan seseorang. Kami ingin memupuk semangat tanggungjawab sosial dan memberi inpirasi kepada orang ramai untuk membantu masyarakat tempatan," kata Dr. Ko.













GAMBAR LAIN: KLIK DI SINI

Artikel: Man Lada - Foto: NurAin- www.myartis.com



         ________________________





No comments: