21 March 2017

IMBAS MEMORI - BINTANG AF1 ADAKAN KONSERT REUNION MEI INI



Kesemua 12 bintang Akademi Fantasia musim pertama (AF1) bakal mengembalikan memori 14 tahun lalu dengan mengadakan konsert reunion untuk sekian kalinya.

Konsert reunion tersebut bakal diadakan pada 6 dan 7 Mei depan.

Hal itu diwar-warkan menerusi laman Instagramnya bekas pelajar AF1, Adi Fashla yang kini menjadi penyampai radio.

Klik untuk gambar besar




Sementara itu, 11 bekas peserta AF1 sudah pun menjalani penggambaran bagi tujuan promosi konsert reunion tersebut. Hanya kelibat juara AF1 iaitu Vince Chong yang tiada memandangkan dia mempunyai hal lain pada ketika itu.

Peminat AF1 pasti dah tak sabar-sabar nak tengok persembahan dorang kan since last tengok pun masa 14 tahun dulu.

Yang paling penting semua masih lagi ingat akan ungkapan emas Vince sebaik dia dinobatkan pemenang, iaitu, 'Kita Semua Pemenang, Tiada Pengalah!


Foto: Adi Fashla IG



         ________________________





No comments: