28 January 2020

RUPANYA, SUDAH 2 TAHUN FENDY & NADIRA CALIPH BUSKERS BERCERAI


"Assalammualaikum w.b.r... Bak kata lagu khatijah ibrahim, 'mungkin terpendam kenikmatan sebalik perpisahan'.

"Apa nak dikata lagi kalau jodoh tak panjang. Diam tak diam sudah 2 tahun aku merahsiakan perpisahan ini dari semua orang. Semuanya telah tertulis. Jodohku hanya sampai disini..

"Walaupun perit pada mulanya untuk melafazkan, Namun Tuhan sahaja tahu akan isi hati ini dan mengapa ianya terjadi.. Takdir telah menentukan segala²nya..







"Semoga dikau Berbahagia hendaknya dan Semoga ada sinar baru untuk aku dan zafirah nanti. Insyaallah papa ada selalu untuk kamu..

"Maaf kerana Merahsiakan perkara ini kepada semua atas sebab² tertentu," begitulah kongsi Fendy Adlun mengenai rumahtangganya dengan Nadira Rubina yang akhirnya terpaksa mengumumkan bahawa mereka sudah berpisah.



Kata Fendy, mereka terpaksa merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan netizen kerana tidak mahu masalah peribadi itu dicampur dengan urusan kerjaya mereka.

Walaupun perit pada mulanya untuk melafazkan kata perpisahan, dia yakin Tuhan sahaja yang tahu isi hati dan mengapa ianya terjadi.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: