28 January 2020

"BUKAN TIDAK TAHU SAYA SUKA SEKSI..." - CHACHA ENGGAN BERMUKA-MUKA


"Saya mengakui bercuti dengan rakan-rakan ketika video berkenan tular. Ini hanya percutian membabitkan rakan-rakan wanita. Saya enggan mengulas lebih lanjut, kisah yang sudah dilupakan. Saya tidak mampu menutup mulut warganet bercakap buruk mengenai saya.





"Redha saja, inilah bayaran yang harus saya terima apabila memilih hidup sebagai selebriti. Namun, ia bukan penghalang untuk saya menjadi diri sendiri dan melakukan apa yang disukai," demikian kata Pelakon Chacha Maembong, 24, yang sudah lali dengan kecaman warganet terhadap dirinya sejak dahulu lagi.

Adik kepada Emma Maembong itu sekali lagi dikecam teruk apabila video berparti dengan memakai bikini di Bali, Indonesia tersebar, baru-baru ini. Pelakon yang diperkenalkan menerusi drama 'Kau Yang Terindah' pada 2012 itu berkata, dia tidak kisah dengan kutukan warganet, asalkan tidak menjejaskan kerjaya lakonannya.

Klik untuk gambar besar


"Saya sudah kebal dengan hentaman warganet. Bukan mereka tidak tahu saya suka berpakaian seksi sejak dahulu lagi. Saya bukannya jenis bermuka-muka. Apa yang ditunjukkan dalam laman Instagram (IG) adalah diri saya.

"Saya tak mahu dalam IG bukan main tunjuk baik. Berjumpa di luar, tidak senonoh. Saya rasa kesannya lagi buruk terhadap seseorang yang berperangai begitu," ujarnya yang kini sibuk dengan penggambaran drama 'Bukan Gadis Biasa' arahan Azman Yahya atau Jinggo.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Chacha Maembong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: