28 January 2020

CABAR PU ABU - HANA AKAN KELUARKAN KENYATAAN SERTA BUKTI 'CURANG'


Semua mengetahui mengenai rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dan isterinya, Hana Azraa yang sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila Hana mendedahkan foto seorang wanita tidak bertudung dan mendakwa wanita itu sebagai skandal baru suaminya ketika dia sedang sarat hamil anak pertama mereka.





Perkongsian Hana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak terkejut dengan pendedahan tersebut. Enggan berdiam diri, PU Abu kemudiannya tampil menafikan tuduhan isterinya itu. Menurut Abu maklumat yang disebarkan isterinya itu hanyalah spekulasi semata-mata dan tindakan melulu itu dibuat berdasarkan emosi ketika hamil.

Susulan kenyataan PU Abu menafikan dirinya bermain kayu tiga, Hana menerusi posting di InstaStory milikya pada Isnin ini tampil mempertahankan dakwaannya dan membidas kenyataan pendakwah bebas itu dan berkata dia akan mendedahkan segala bukti kecurangan suaminya tidak lama lagi: "Saya juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi berserta dengan bukti sejurus selepas dia buka mulut," tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, Hana ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai dakwaannya sebelum ini namun memaklumkan ingin berehat sementara menanti kehadiran cahaya mata mereka beberapa hari lagi.

Klik untuk gambar besar


"Buat masa ini saya perlu masa untuk berehat dan jauhkan diri dari sebarang unsur negatif. Kurang daripada seminggu Insyallah saya akan bersalin. Doakan selamat semuanya buat saya dan malaikat kecil ini," ujarnya.

Rumah tangga PU Abu sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila isterinya Hana Azraa mendedahkan foto seorang wanita tidak bertudung dan mendakwa wanita itu sebagai skandal baru suaminya. Perkongsian Hana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak terkejut dengan pendedahan tersebut.

Enggan berdiam diri, PU Abu kemudiannya tampil menafikan tuduhan isterinya itu. Menurut Abu maklumat yang disebarkan isterinya itu hanyalah spekulasi semata-mata dan tindakan melulu itu dibuat berdasarkan emosi ketika hamil.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: