27 March 2018

'OH MY FAMILY!', DEDAH KECEKALAN KELUARGA ARTIS


Tidak ramai yang tahu mengenai kehidupan keluarga selebriti, terutama kehidupan anak-anak mereka yang kadangkala tidak terlibat dalam dunia seni. Dan buat pertama kalinya, lima keluarga selebriti popular akhirnya bergabung di bawah satu bumbung bagi menjayakan program terbaharu di slot eBu, berjudul ‘Oh My Family!’.





Mereka terdiri daripada keluarga Datuk Fazley Yaakob, Datuk Aaron Aziz, Rita Rudaini, Azad Jasmin serta Aziz M. Osman. Difahamkan, program ini akan bersiaran sebanyak enam episod pada setiap Rabu mulai 11 April 2018, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104), Astro Ria HD (saluran 123) dan Astro Ceria (saluran 611).

'Oh My Family!' memaparkan gelagat anak-anak selebriti tersebut dalam misi menyelesaikan sesuatu tugasan (dengan penglibatan minimum daripada ibu bapa mereka), bersesuaian dengan peringkat umur masing-masing.



Mereka terdiri daripada Payish, Piyash & Piyush (anak Datuk Fazley), Dahlia Arissa (anak Datuk Aaron Aziz), Airit Qaqa Arjuna & Airit Rayyan Rizqin (anak Rita Rudaini), Amarra Sofea Rose (anak Azad Jasmin dan Eira Syazira) serta Ara Aziz (anak Aziz M. Osman).

Mereka akan didedahkan dengan pelbagai situasi yang asing bagi diri mereka untuk menguji kecekalan mental dan fizikal masing-masing. Dalam pada itu, program ini akan turut memperlihatkan sejauh mana anak-anak cilik ini mampu bertindak dalam mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi setiap cabaran yang perlu dihadapi dalam tempoh masa yang ditetapkan.



Antara misi atau cabaran yang menanti anak-anak cilik ini ialah ‘mencari bahan masakan di pasar tani’, ‘mengemas rumah’, ‘menjana pendapatan sendiri’, ‘menaiki kenderaan awam’, ‘mendirikan khemah’ dan ‘mengadakan acara kejutan buat ibu bapa’.

Jadi, jangan lupa temujanji anda bersama keluarga selebriti ini yang pastinya penuh dengan pelbagai kejutan menarik!

KLIK UNTUK GAMBAR BESAR:








         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: