28 March 2018

"LANCAR QURAN, GAJI ATAS RM5K" - ANTARA 14 SYARAT BAKAL SUAMI ZIZI


Penyanyi Zizi Kirana yang merupakan bekas ahli kumpulan hip hop Fabulous Cat itu sejak kebelakangan ini sering memuatnaik foto-foto seksi di akaun Instagramnya sehingga menjadi perhatian ramai.





Baru-baru ini, menerusi InstaStory, Zizi kongsikan 14 syarat yang perlu dipenuhi oleh lelaki yang ingin menjadi bakal suaminya.

Antaranya, bakal suami mestilah seorang yang tidak mengamalkan pergaulan bebas, bukan kaki mabuk dan kelab malam. Bakal suaminya juga perlu mempunyai pendapatan minimun RM5,000, bebas hutang dan lancar membaca Al-Quran.

Dari segi paras rupa pula, Zizi tidak meletakkan syarat namun cukuplah sedap mata memandang. Paling penting dan syarat paling susah ialah bakal suaminya mestilah penyokong kelab bola sepak Arsenal.

Klik untuk gambar besar


Ini antara 14 syarat untuk menjadi bakal suami Zizi Kirana: -

1. Sedap mata memandang
2. Pergaulan tidak bebas
3. Tidak bikin panas
4. Bukan kaki arak & kelab malam
5. Tidak mengungkit
6. Tidak kedekut
7. Bukan kaki stalk perempuan lain
8. Pandai photoshoot
9. Beradab bukan biadab
10. Bebas hutang
11. Pendapatan minimum RM5k
12. Sanggup buat apa saja untuknya dan keluarganya
13. Lancar baca Al-Quran
14. Penyokong Arsenal

Agak-agak ada tak lelaki di luar sana yang cukup 14 syarat ini? Boleh la cuba.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: