27 March 2018

'PERLEKEH' JENAMA TELEFON - JANNA SIFATKAN BELUM MATANG


"Pada saya, hanya budak-budak sekolah yang belum matang suka memperlekeh dan membandingkan jenama sesebuah produk.





"Setiap orang ada cita rasa dan pilihan tersendiri. Saya sendiri lebih gemar memilih ciri-ciri yang ada pada sesebuah telefon pintar, seperti skrin besar yang memudahkan kita untuk membuat kerja, kelajuan dan juga beratnya.

"Berbanding hanya melihat pada jenama," kata pelakon dan penyanyi, Janna Nick, 22, ketika diminta mengulas isu 'perlekehkan' jenama sesebuah telefon.

Pelakon drama Cofee Prince' itu menyifatkan tindakan seorang selebriti laman sosial atau 'instafamous' memperlekehkan jenama telefon pintar keluaran Asia seperti yang tular, baru-baru ini, sebagai tidak matang.

Klik untuk gambar besar


Janna yang juga duta kepada sebuah jenama telefon keluaran China iaitu Vivo 9 berkata, perbandingan sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri dalam memilih peranti ingin mereka gunakan.

Baru-baru ini, seorang selebriti laman sosial menjadi mangsa kecaman netizen apabila dia memuatnaik video yang menunjukkan dirinya memperlekehkan sebuah jenama apabila diminta memilih antara dua produk telefon pintar terkemuka di pasaran.

Tambah penyanyi 'Akan Bercinta' itu, isu berkenaan bagaimanapun tidak perlu diperbesarkan kerana pandangan yang dikeluarkan itu lebih bersifat peribadi.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: