27 March 2018

DIKECAM BERPELUKKAN DENGAN ROBERTO - TIZ 'SINDIR' SEMULA


Pelakon Tiz Zaqyah menerusi laman Instagramnya baru-baru ini telah memuatnaik sekeping gambar menunjukkan dirinya berpelukan dengan legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos.





Namun begitu, tindakan beliau berpelukkan 'erat' dengan Roberto itu telah mengundang rasa kurang senang netizen yang menganggap ia sebagai keterlaluan.

Disebabkan terlalu banyak menerima kecaman gara-gara gambar itu, Tiz telah mematikan fungsi komen pada akaun Instagramnya.

Bagaimanapun, Instagram milik Roberto yang menggunakan akaun '@oficialrc3', pula menjadi mangsa apabila para netizen melepaskan kemarahan serta meluahkan rasa tidak puas hati dengan gambar tersebut.

Klik untuk gambar besar


Mereka berpendapat, pelakon 'Nur kasih' berkenaan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang selebriti beragama Islam.

Menerusi status di Instastory, Tiz yang tidak begitu mengendahkan komen telah memuatnaik kata-kata tentang tahap dengki netizen yang sanggup menulis komen di Instagram milik orang lain selepas ruangan komennya ditutup.

"Tak dapat komen gambar kita, dia pergi komen orang lain punya. Tahap dengki itu tinggi betul, so much effort," tulisnya.

Fikir positif, Tiz agaknya tidak sedar dan hilang kawalan diri kerana terlalu teruja dapat bertemu dengan Roberto. Iyalah, bukan senang dapat beramah mesra dengan pemain legenda antarabangsa. Heh..










www.myartis.com / Sumber: mStar, Tiz Zaqyah IG & Roberto Carlos IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: