27 March 2018

LEPAS SAMSUNG - AMEERA KHAN DIHENTAM 'PERLEKEHKAN' SPM


"I didn't go to international school to take SPM lol what a joke," demikian kata adik kepada Noor Neelofa iaitu Ameera Khan menerusi laman Twitter baru-baru ini.





Ameera yang dihentam teruk oleh netizen selepas dirinya seakan memperlekehkan jenama telefon Samsung, kini kembali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai.

Menerusi laman Twitter kali ini, Ameera membuat satu kenyataan yang kedengaran agak meninggi diri apabila berkata beliau tidak belajar di sekolah antarabangsa semata-mata untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kenyataan Ameera itu sekaligus membuatkan ramai jelek dengan sikapnya yang sombong dan turut mengaitkan dengan kejayaan kakaknya yang juga mengambil SPM dan mendapat keputusan cemerlang iaitu 10 A pada 2006 sebelum bergelar artis.

Klik untuk gambar besar


Ada juga mereka yang mengaitkan kenyataan Ameera itu dengan sedutan video yang viral baru-baru ini mengenai beliau yang tidak suka membaca buku membuatkan sikapnya kurang cerdik memberikan kenyataan kebelakangan ini.

Kenyataan berani Ameera itu turut membuatkan pengikutnya menasihatkannya untuk tidak lagi membuat sesuatu yang boleh memalukan ibu bapa kerana apabila sesuatu isu bangkit, sudah tentu ibu bapa yang akan dipersalahkan.

Ujar netizen lagi, Ameera yang muda remaja masih bergantung kepada kakak dan keluarganya dan tidak mempunyai pendapatan sendiri. Namun tindakannya seperti sudah terlalu dewasa untuk gadis sebayanya.



Untuk pengetahuan, sekolah antarabangsa tidak memperuntukkan anda untuk mengambil SPM tetapi mengambil IGCSE.

Tapi rasanya sekarang di Malaysia sudah ada sekolah antarabangsa yang menyediakan sistem seperti sekolah biasa yang memerlukan anda menduduki SPM.

Mungkin Ameera tidak mengetahui mengenainya kerana mungkin kerana kurang membaca. Apapun tidak salah untuk Ameera untuk menyatakan sesuatu pendapat, tapi mungkin caranya perlulah bertempat dan tidak nampak mendongak ke langit sangat ya.










www.myartis.com / Sumber: Ameera Khan Twitter


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: