26 March 2018

NEELOFA PAKAI TASBIH DIGITAL - NETIZEN UBAH PERSEPSI


Pelakon dan pengacara Noor Neelofa sebelum ini mendapat kecaman netizen selepas terbabit dengan kontroversi hangat iaitu majlis pelancaran tudungnya di kelab malam Zouk baru-baru ini.





Sejak daripada hari itu, beliau menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat yang menghakimi dirinya sehingga hari ini meskipun sudah membuat permohonan maaf.

Walaupun dihimpit kata-kata negatif, Neelofa tidak mahu terus melatah dan mengambil pendekatan untuk tidak terlalu memikirkan percakapan orang.

Cara Neelofa yang juga seorang usahwan berjaya itu agak profesional kerana tiada gunanya untuk terus memanjangkan isu tersebut.

Klik untuk gambar besar


Terbaru, perkongsian netizen di Twitter mengenai Neelofa telah mencuri perhatian ramai apabila Neelofa dilihat memakai tasbih digital di jarinya. Persepsi netizen itu terus berubah mengenai Neelofa.

Difahamkan, foto tersebut merupakan reaksi spontan Neelofa ketika pihak Air Asia membuat kejutan dengan menghadiahkan sejambak bunga dalam kapal terbang yang dinaikinya.

Hadiah diberi atas pencapaian beliau yang tersenarai sebagai salah seorang calon Anugerah Wanita Masa Depan (Asia Tenggara).

Kita sebagai manusia seharusnya tidak menghukum orang lain hanya berdasarkan luaran ataupun masa silamnya. Apa pula komen anda?


















ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: