20 January 2016

DAFI NAFI KERJAYA 'SLOW' PUNCA BERALIH ARAH



Kerjaya nyanyian yang agak perlahan kebelakangan ini bukan punca Dafi AF5 atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri menumpukan perhatian terhadap tugasnya sebagai Pengarah Urusan, Laugh Out Loud Entertainment.

"Bukan itu punca saya terbabit dalam bidang penganjuran konsert, tetapi saya mahu kembangkan pengalaman selama lapan tahun dalam seni untuk kebaikan industri seni suara.





“Dengan kelebihan yang saya ada ini jugalah saya harap konsert 5 DIVO yang kami anjurkan bersama itu nanti mendapat sambutan menggalakkan.

"Untuk makluman, konsert 5 Divo itu menyatukan lima artis dari negara Malaysia, Singapura dan Indonesia khas buat peminat dan ia akan berlangsung pada 13 Februari nanti," ujar Dafi.



Tambahnya, setelah bekerja di belakang tabir, barulah dia faham sekarang bagaimana susahnya untuk menguruskan seseorang artis dan membuat sesebuah konsert hingga berjaya.

"Dulu saya tak berapa ambil tahu itu semua. Tapi sekarang baru saya tahu betapa susahnya bekerja di belakang tabir. Jadi saya rasa lebih menghargai mereka yang pernah menguruskan saya," katanya.





         ________________________




No comments: