20 January 2016

HAZAMA MASIH TUNGGU KEKASIH 'TERBUKA HATI' PELUK ISLAM



Tiada paksaan dalam Islam!

Demikianlah maksud yang mahu disampaikan oleh Hazama AF9 atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi mengenai kekasihnya Genervie Kam (Gen), yang masih belum memeluk Islam.

Malah hingga saat ini, Hazama masih berhadap agar Gen mendapat hidayah daripada Allah SWT.





"Cita-cita saya memanglah nak berkahwin, namun semua sedia maklum yang dia bukan berasal dari agama yang sama. Jadi tanggungjawab saya berat dan perlukan masa untuk yakinkan semua orang.

"Disebabkan faktor tersebut, saya sebagai orang Islam tidak mahu memaksa dia untuk memeluk agama kita dan biarlah Allah sahaja yang dapat membuka pintu hatinya. Bila sudah terbuka nanti saya pasti akan berkahwin juga," ujar Hazama ketika ditemui media di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam

Bersabarlah Hazama, takkan lari gunung dikejar jika niat kita memang ikhlas. Tak gitu?







         ________________________




No comments: