20 January 2016

MLM 2016 KEMBALI - MAMPUKAH IA MENYERLAH TANPA ARWAH PAK YUS?



Maharaja Lawak Mega kembali lagi... jangan lupa bayar bill anda. Heh.

Bagaimanapun, MLM 2016 itu mungkin hilang sedikit serinya apabila buat pertama kali ia tidak disertai oleh Arwah Pak Yus.

Untuk info, antara barisan peserta untuk Maharaja Lawak Mega 2016 yang bakal disiarkan secara langsung pada Jumaat bermula 29 Januari di Astro Warna dan Mustika HD itu nanti ialah kumpulan Bocey, Joras, LOL, Bos, Awok, Bora dan beberapa kumpulan lain.





Difahamkan, penyanyi Ezad dan Acong turut mencuba nasib dalam MLM setelah sebelum ini mereka gagal menjuarai Gegar Vaganza 2. Mungkinkah nasib menyebelahi mereka kali ini?

"MLM 2016 masih mengekalkan format yang sama seperti sebelum ini kerana kami sudah mengenalpasti kumpulan yang layak untuk bertanding untuk edisi kali ini.



"Format ‘Hotseats’ tidak lagi digunakan kerana pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga di program Projek Komedi Warna secara automatik layak untuk menyertai MLM 2016. Di samping itu kami turut memperkenalkan beberapa kelainan terutamanya gandingan para peserta,” kata Pengurus Saluran Astro Warna (132), Emarina Kamal, ketika majlis sidang media di Ramada Plaza Dua Sentral, Kuala Lumpur.

15 kumpulan bakal merebut gelaran juara yang bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 beserta trofi, naib juara RM250,000, tempat ketiga, RM150,000, keempat RM50,000 dan kelima RM15,000.





         ________________________




No comments: