"Saya akan berikan persembahan yang terbaik kerana ini adalah julung kali konsert hebat dan besar di stadium Malawati bersama lima penyanyi popular yang lain," ujar penyanyi Indonesia Afgan yang tidak pernah lemah semangat lantaran serangan bom di Jakarta, Indonesia pada 14 Januari lalu.
Malah katanya sehari selepas serangan itu, dia masih lagi membuat persembahan dalam satu konsert berhampiran kawasan serangan itu dan kira-kira 5,000 orang telah hadir menyaksikan konsertnya tanpa rasa gentar.
"Warga kami di Jakarta melakukan kehidupan seperti biasa selepas kejadian itu," tambahnya yang ditemui pada sidang media kedua konsert 5 Divo yang diadakan di Restoran Qureshi, di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Kuala Lumpur, semalam.
Apa yang menarik, konsert 5 Divo itu akan menampilkan penyanyi popular tiga negara iaitu Taufik Batisah (Singapura), Judika, Hazama dan Hafiz Suip.
Tiket Konsert 5 Divo yang akan berlangsung pada 13 Februari depan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor itu sudah mula dijual dan peminat boleh mendapatkannya di www.ticketpro.com.my.
Foto & video: Nur Ain
GAMBAR LAIN DI: https://www.instagram.com/myartis/
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment