20 January 2016

10 GAMBAR - AZMIL MUSTAPHA KELUAR HOSPITAL, RAWAT DI RUMAH



"Doktor pakar di sini (Hospital Putrajaya) mengesahkan yang abang boleh keluar dan diberi penjagaan rapi di rumah.

"Ubat telah dibekalkan dan jadual rawatan susulan dengan pelbagai doktor telah disiapkan," kata Aziph Mustapha, 48, adik kepada pelakon era 80-an yang popular menerusi filem Ali Setan, Haji Azmil Mustapha, 63.





Azmil telah dibenarkan keluar hospital semalam setelah dirawat di Hospital Putrajaya untuk masalah jantung sejak Khamis lalu.

"Abang ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya semasa beliau berada di Hospital, khususnya doktor-doktor, para jururawat, petugas-petugas di Kecemasan, CCU dan Wad 4A, semua pengunjung yang menziarahinya (lebih 500 pengunjung!) dan semua orang yang telah mendoakan kesihatannya dari jauh dan dekat.

"Kami mendapat berita bahawa begitu ramai yang mendirikankan solat hajat di surau-surau dan masjid-masjid diseluruh negara, dan juga di luar negara termasuk di Tanah Haram. Ma sha Allah!" ujar Aziph dipetik melalui FBnya.


















Foto & info: Aziph FB


         ________________________




No comments: