18 December 2013

PRIMADONA AZEAN IRDAWATY KEMBALI KE RAHMATULLAH



Setelah berjuang sedaya upaya melawan penyakit kanser payu dara (tumor dan lymphedema), akhirnya primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63, tahun meninggal dunia semalam pada kira-kira jam 8.30 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarhamah merupakan pelakon 'airmata' dan mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.




Azean memenangi dua trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Filem terakhir lakonan Azean ialah berjudul Talentime pada tahun 2009 yang juga filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Untuk makluman, Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Takziah diucapkan dan Al-Fatihah.


No comments: