18 December 2013

SAYA TIDAK AKAN TUNDUK - ADI PUTRA



Berani kerana benar, takut kerana salah!

Artikel terdahulu:
Mungkin itu maksud Adi Putra yang tidak akan tunduk dengan permintaan Amiruddin Othman, 50, suami Noraida Abd. Mutalib, 29, yang mendakwa Adi mempunyai skandal dengan isterinya. Semuanya gara-gara dakwaan bertukar-tukar gambar lucah melalui laman sosial.




"Saya mempunyai pendirian sendiri dan berhak untuk tidak mengikut kata Amiruddin kerana tidak bersalah dalam kes itu.

"Saya hormat dengan permintaannya yang mahu saya mengaku kesilapan itu tetapi saya tidak akan tunduk dengan keinginannya.



"Saya tahu saya berada di pihak yang benar dan saya ada pendirian untuk tidak berbuat demikian. Sekiranya pihak di sana ingin membuat tindakan lanjut, silakan," tegasnya dipetik sebagai berkata ketika ditemui media di e@Curve, Petaling, semalam.

Untuk info, pada 13 Disember lalu pihak polis telah menggugurkan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

Bagaimanapun, selepas itu Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan meluahkan rasa kecewa dan mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan berat sebelah. Sehubungan itu, dia bersama isterinya telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Beliau meminta agar kes itu dibuka semula kerana didakwa tidak telus.


No comments: