18 December 2013

UPDATE - LINDA ONN 'SAH NIKAH KERABAT RAJA' 27 DISEMBER INI



Update - dikemaskini:

Teka-teki akhirnya terjawab apabila Linda Onn, 36, mengesahkan akan mendirikan rumah tangga dengan seorang 'kerabat diraja' pada 27 Disember ini.

Artikel terdahulu:
Linda atau nama sebenarnya Rozlinda Onn awalnya telahpun mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama Johor Bahru.




Majlis nikah dikatakan bakal berlangsung di kampung halaman deejay popular itu sementara majlis resepsi pula akan diadakan di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun berkata, majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja. Untuk persiapan, dia sudah memohon cuti daripada Suria FM bermula 26 Disember hingga 6 Januari depan.

Tooth drilling session kata Linda...


"Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat. Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini.

"Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah," katanya ringkas.


No comments: