18 December 2013

BILA IQRAM 'BERLAKON' MELAMAR SOO WINCCI



Kata orang, jodoh, pertemuan, rezeki, ajal dan maut ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Dan pepatah ada menyebut, 'kalau sudah jodoh tak ke mana'.

Artikel terdahulu:
Mungkinkah itu yang berlaku terhadap Soo Wincci dan Iqram Dinzly yang sering menjadi bahan gosip media. Bermula dengan persahabatan... kemudian menjadi 'teman tapi mesra'. Lebih menarik, Wincci turut berpuasa sebagaimana yang dilakukan oleh umat Islam di bulan Ramadan.




Gosip cinta makin hangat apabila mereka pernah menyambut hari lahir berdua dan kini melakukan simbolik menyarung cincin di jari seolah satu lamaran. Mungkinkah ia bermakna Wincci ada hati dengan Iqram dan kemungkinan bakal memeluk Islam?

"Tangan saya menggigil ketika Iqram menyarungkan cincin itu," kata Wincci beriya.

Namun teka-teki itu masih jauh dari landasan sebenar. Ini kerana, cincin yang disarung oleh Iqram ke jari Wincci adalah sebagai promosi kepada album Bahasa Melayu pertamanya bertajuk Su Win Si.

Bagaimanapun, kalau tiada angin, masakan pohon boleh bergoyang ya tak? Bermula dengan gosip dan lakonan lamaran, mana tahu ia akan menjadi satu realiti dalam hidup Iqram dan Wincci.  Heh.


VIDEO LAMARAN:




No comments: