18 December 2013

NAFI DITAJA - ADIRA BINCANG SOAL KAHWIN DENGAN SHAHRUL



Perniagaannya bukan hasil ditaja, tetapi ia adalah hasil titik peluhnya sendiri. Demikian tegas Adira, penyanyi putih melepak yang kini rapat dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun.

Artikel terdahulu:
Bagaimanapun, dakwa Adira, Shahrul sebenarnya hanya terlibat sebagai rakan kongsi bagi menghasilkan produk bagi barangan kecantikan Adira Signature Beauty.




"Saya ada meminta pendapat serta kata-kata semangat daripada Shahrul, namun wang pelaburan yang digunakan adalah duit simpanan saya sendiri" ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Saya melalui proses untuk berniaga sendiri tanpa menggunakan pengaruh Shahrul. Saya tidak ditaja sebaliknya semua wang yang dibelanjakan adalah hasil titik peluh saya sendiri. Duit memang boleh habis, tapi terpulang kepada masing-masing bagaimana untuk membuat pelaburan untuk pulangan masa hadapan," tambahnya yang mahu menjadikan Datuk Siti Nurhaliza sebagai idola perniagaan.

Terdahulu, penyanyi itu masih mahu peminat berteka-teki mengenai hubungannya dan Shahrul.Meskipun hubungan mereka bagai 'sudah terang bersuluh pula' melalui foto-foto yang dimuat naik di laman Instagram masing-masing, namun Adira masih belum mahu menjelaskan apakah mereka ada rancangan untuk berkahwin.

"Kami ada membincangkan perkara ini (berkahwin), namun saya ada banyak lagi perkara yang belum dikecapi. Kalau boleh saya ingin stabil dari segi kewangan dan mencapai beberapa sasaran untuk kepuasan diri sendiri terlebih dahulu," tambah Adira memberi sedikit gambaran.


No comments: