01 November 2013

CINCIN DI JARI ADIRA - TANDA TUNANG ATAU CINTA?


Jika baru-baru ini gambar peluknya dengan Hafiz AF7 menjadi gosip hangat apabila dia dikatakan kemungkinan menjalin cinta lama, namun terbaru, cincin 'mahal' di jari Adira AF8 lebih menimbulkan tanda-tanya.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi semalam telah memuat naik sekeping foto di Instagram yang memaparkan sebentuk cincin di jari manisnya.

Klik untuk imej besar...



Meskipun tanpa keterangan lanjut mengenai cincin tersebut, namun ia menimbulkan teka-teki mungkinkah cincin itu pemberian istimewa daripada Shahrul Nasrun Kamarudin?

Kerana umum memang sedia maklum bahawa Adira dan Shahrul yang juga merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBB1M) amat rapat. Lebih menyakinkan, Shahrul juga ada meninggalkan komen di gambar cincin tersebut yang berbunyi “I LOVE you sayang. See u later”.



Sebutan 'i Love you' sememangnya menimbulkan seribu soalan kerana Adira pernah menafikan yang dia sedang menjalinkan hubungan dengan Shahrul. Malah, Shahrul sendiri pernah menegaskan bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar teman rapat semata-mata.

Bagaimanapun, usaha media untuk menghubungi Adira bagi penjelasan lanjut tidak berhasil apabila penyanyi itu gagal dihubungi.

Persoalannya kini, adakah mereka sudah mengikat tali pertunangan ataupun itu sekadar cincin tanda percintaan mereka? Sama-samalah kita nantikan jawapannya nanti.

No comments: