01 November 2013

FIZZ FAIRUZ BAKAL RISIK ALMY NADIA, TIDAK BERTUNANG


Hanya merisik, bukan Majlis Bertunang!

Demikian kata Almy Nadia, 27, yang siap sedia menanti rombongan keluarga Fizz Fairuz, 34, dari Pahang ke rumah mereka di Balik Pulau, Pulau Pinang.




Tambah Almy Nadia yang baru-baru ini heboh diperkatakan menjual karipap, keluarganya juga tiada masalah untuk menerima lamaran pelakon tersebut meskipun pernah dilanda kontroversi bertunang dengan isteri orang.

“Keluarga akan terima Fizz... mereka tak ada masalah dalam hal itu. Insya-Allah, majlis merisik ini akan diadakan pada minggu hadapan. Tarikhnya... biarlah Fizz sendiri yang beritahu. Biar keluar daripada mulutnya,” kata Almy dipetik sebagai berkata.



“Kalau boleh kami tak mahu bertunang walaupun orang Melayu menganggap pertunangan itu sebagai adat yang perlu diikuti.

"Peristiwa yang lepas sebenarnya menjadi pengajaran. Almy takut sangat benda-benda macam tu,” ujarnya yang kemudian akan mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan selepas majlis merisik itu.

Untuk rekod, Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, sebelum ini pernah melangsungkan pertunangan secara rahsia dengan seorang wanita di Kuantan, Pahang pada 10 Februari 2013.

Seterusnya, pertunangan itu menjadi kontroversi hangat apabila seorang lelaki muncul dengan mendakwa wanita berusia 26 tahun itu adalah isterinya yang dinikahi di Thailand.

No comments: