31 October 2013

TAHNIAH, EZAD LAZIM DIKURNIA BAYI PEREMPUAN


Penyanyi, Ezad Lazim, 34, akhirnya menjadi seorang bapa kelmarin apabila isterinya Nor Azeana Ramli, 34, selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Bagaimanapun, Nor Azeana terpaksa dibedah untuk melahirkan bayi pertamanya itu di Hospital Ampang, Selangor.

"Doktor menjangkakan isteri saya bakal melahirkan anak pada hujung tahun ini. Justeru isteri saya yang bekerja sebagai pengurus jualan sebuah hotel di Ampang merancang untuk melahirkan anak di sebuah hospital swasta di Taman Melawati, Hulu Klang.




"Bagaimanapun disebabkan berdepan masalah, Zeana segera dikejarkan ke sana baru-baru ini. Namun, hospital swasta ini merujuk kesnya ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. Namun, sekali lagi dia dipindahkan pula ke Hospital Ampang kerana tinggal di kawasan itu," ujar Ezad pada media.

Untuk info, kandungan Zeana berusia lapan bulan tiga hari ketika anaknya dilahirkan. Beratnya hanya 1.7 kilogram dan sekarang anak mereka ditempatkan di bawah kawalan rapi doktor. Namun, Ezad tetap bersyukur kerana keadaan bayinya stabil.

Tahniah buat Ezad.





No comments: