17 June 2014

INFO - MELISSA JUARA 'STREPSILS THE RIGHT NOTE'



Selepas sebulan 'Strepsils The Right Note' menyaring lebih 500 penyertaan dalam talian, Melissa Jane Ariffin akhirnya diumumkan sebagai juara pada pertandingan akhir yang diadakan baru-baru ini di One Utama, Petaling, Selangor. Dia telah berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Untuk info, pertandingan tersebut dilancarkan sempena dengan sambutan Hari Suara Sedunia pada 16 April lalu. Selain Melissa, empat finalis lain turut membuat persembahan di hadapan panel juri yang diketuai oleh Dato’ Sheila Majid.

"Saya amat gembira dan berbangga kerana dipilih sebagai pemenang pertandingan The Right Note.





"Selama ini memang menjadi impian saya untuk bergelar penyanyi professional dan diharapkan pertandingan ini dapat menjadi bantu loncatan kepada permulaan kerjaya muzik saya," ujar Melissa.

Dalam pada itu, Hina Nagarajan, Pengurus Besar RB Malaysia dan Singapura berkata, beliau sangat berpuas hati dengan sambutan penyertaan dalam kempen The Right Note itu. tambahnya, kempen tersebut telah berjaya mengetengahkan sebilangan besar bakat nyanyian di Malaysia dan mereka berbesar hati kerana dapat menyediakan platform bagi mereka menonjolkan kebolehan mereka dalam bidang muzik.

Klik gambar untuk size besar


"The Right Note merangkumkan keraian terhadap keindahan dan kehebatan suara yang sihat di sekeliling kita serta kebolehan individu untuk mengekspresikan diri mereka dalam momen-momen penting dalam kehidupan. Bersama penyanyi professional seperti Dato’ Sheila Majid yang banyak memberi bimbingan sepanjang kempen ini, kami berbangga dan teruja dengan pemilihan Melissa Jane Ariffin sebagai juara pertandingan The Right Note. Kami mengharapkan agar kejayaan terus mengiringi karier muziknya," katanya.

Terdahulu, Sheila Majid turut melahirkan rasa gembira atas kejayaan pemenang pertandingan tersebut. Menurut Sheila, dia amat kagum dengan kebolehan vocal Melissa dan penguasaan pentas yang dipamerkan. Melissa katanya memiliki kelebihan dan karisma seperti seorang penyanyi berpengalaman ditambah pula dengan vokal yang merdu dan lunak yang tepat mengikut notasi.

"Saya berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada kempen The Right Note ini dan berpeluang memilih pemenang pertandingan nyanyian ini. Penyertaan dalam pertandingan The Right Note berjaya menonjolkan banyak suara-suara merdu di Malaysia dan betapa penting dan berharganya untuk menjaga suara," jelas Sheila.













         ________________________


No comments: