17 June 2014

KEPOH, SUMBU & MMMMM - SIAPA JUARA BINTANG MENCARI BINTANG 2



Bintang Mencari Bintang musim kedua (BMB2) hampir berada di penamat. Tinggal satu minggu lagi untuk melangkah ke konsert akhir. Malam Ahad lalu, telah menyaksikan kumpulan KEPOH (Adlin Aman Ramlie), SUMBU (Ebby Yus) dan MMMMM (Afdlin Shauki) mara ke pusingan akhir yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 22 Jun 2014 nanti.

Sementara itu, kumpulan TOKAN (Faizal Ismail) dan LAMPU (Saiful Apek) terpaksa meninggalkan pentas BMB2 apabila gagal meraih markah tertinggi.





Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad pukul 9.00 malam, BMB2 membariskan enam Sifu iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Faizal Ismail, Ebby Yus, Saiful Apek dan Adlin Aman Ramlie untuk mengetengahkan bakat baru dalam bidang sketsa komedi dan nyanyian.

"Segala teka-teki sudah terjawab sejurus pengumuman keputusan penuh pusingan separuh akhir ketiga. Bagi pihak TV3 dan sidang produksi BMB, kami ucapkan syabas kepada tiga-tiga anak didik BMB2 yang telah memberi komitmen yang tinggi dan bertungkus-lumus mempersembahkan yang terbaik di pusingan separuh akhir ini.



"Selepas ini, cabaran lebih besar menunggu pasangan Sifu dan anak didik yang bakal bertanding di peringkat akhir. Kami, berharap agar mereka tidak mensia-siakan seminggu ini dan sentiasa berkarya secara kreatif untuk mewarnai persembahan mereka.

"Selain itu, bagi penonton TV3 yang ingin hadir ke Stadium Malawati, Shah Alam pada 22 Jun 2014 untuk sama-sama merasai kemeriahan suasana konsert akhir BMB2, anda boleh dapatkan pas percuma di balai pengawal Sri Pentas, Bandar Utama mulai 17 Jun 2014 dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang," demikian menurut Penerbit Eksekutif BMB 2, Muhamad Sufian Isa.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang BMB2, penonton boleh melayari sesawang rasmi BMB2 di www.tv3.com.my/bintang dan laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.












         ________________________


No comments: