31 October 2011

BILA NORA DANISH 'BERHALLOWEEN'


"Happy halloween," ucap Nora Danish dalam laman facebooknya disertai dengan gambar dia memakai lampu di kepala. Manakala seorang lagi rakan yang tidak dikenali turut memakai lampu tanduk syaitan.

Gambar tersebut selanjutnya telah menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pelawat FB Nora. Ada yang menegur lantang dan ada juga yang memberi nasihat secara lembut.

Klik untuk imej besar...







Myartis sebenarnya bukanlah pandai sangat bab hukum hakam ni... namun myartis teringat pada soalan seorang pelawat di Halakah. Allahu A'lam...

Soalan:
Salam Sejahtera Pada Semua...

Soalan saya kali ini pasal org islam yg sambut halloween, pakai kostum yg ada tanduk setan, buat jamuan makan2...pakai topeng hantu...

Apekah ia sama dengan hukum sambut krismas? adakah ia islam plural atau liberal?

Harap ustaz sudi jawab, kerana ilmu saya belum cukup mantap...

Sekian, Terima Kaseh...


Jawapan:

Perayaan ini berasal dari barat yang kristian dan ada padanya bercampur dengan mitos yang khurafat.

Hukum orang Islam turut merayakannya adalah haram dan bolih meosakkan aqidah.

Wajib pihak kerajaan mengeluarkan amaran supaya orang ramai tidak terpedaya dengan perayaan seperti ini yang kadangkala bolih menyebabkab syirik kerana ada padanya kepercayaan kepada syaitan.

Rujukan Ustaz Azhar Idrus

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian.

“Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.” (Al-Ghafir ayat 39)

Firman Allah S.W.T. yang Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Al-Kafirun ayat 1-6)

Hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud:
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

No comments: