"Yang saya tahu hari ini memang tak ada sesiapa pun yang paling dekat terutama dua anaknya, datang. Itu saja yang saya boleh cakap. Benda ini benda yang benar, bukan saya buat-buat cerita. Itu saja. Kalau betul, betullah. Kalau tidak betul, tidak betul. Tapi memang mereka tidak datang.
Demikian ujar adik kepada Allahyarham Isma Aliff iaitu Shamsidah Ismail, 60, dimana dia menerima hakikat ketidakhadiran isteri dan dua anak Allahyarham abangnya pada pengebumian hari ini.
Shamsidah ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam, Ukay Perdana, di sini, hari ini, berkata, dia sebenarnya tidak mahu memanjangkan perkara ini, tetapi hanya mahu bercakap mengenai kebenaran.
Dalam pada itu, maklumnya lagi, Allahyarham abangnya juga tidak pernah bercerita mas@lah yang dihadapi dengan keluarganya, sebaliknya meminta doakan yang baik-baik.
"Tak ada pula. Cuma arwah kata, doa baik-baik untuk mereka sahaja. Memang sebagai seorang bapa, dia mengharapkan mereka melawatnya semasa hayatnya ada. Insya-Allah... mungkin mereka datang menziarahi kuburnya selepas ini. Kita doakan yang terbaik," tuturnya.
Klik untuk gambar besar
Pengebumian Allahyarham Isma yang juga pelakon dan penyanyi terkenal era 1980-an, berjalan lancar dengan dihadiri kira-kira 50 orang termasuk ahli keluarga, rakan seni dan kenalan terdekat bagi memberi penghormatan terakhir.
Dalam pada itu, tutur adik Allahyarham Isma ini lagi, urusan pengebumian jenazah abangnya diteruskan tanpa perlu menanti kehadiran isteri dan dua anaknya, memandangkan usahanya untuk menghubungi mereka bagi memaklumkan keadaan kesihatan Isma sebelum ini tidak berjaya.
Jelas Shamsidah, dia agak terkil@n apabila tiada sebarang respon diterima selepas dia sekali lagi menghubungi mereka pagi ini untuk memaklumkan kem@tian ayah mereka.
"Hari ini pun saya maklumkan ayah mereka sudah meninggal dunia, tapi tiada respons. Anak saya juga ada cuba hubungi, namun panggilan ditolak. Jadi proses pengebumian hari ini kami tak tunggu mereka.
"Saya bukan nak mengaibkan sesiapa, cuma saya ada beritahu ayah mereka bukan dalam keadaan baik. Jumpalah selagi dia masih boleh bercakap. Walaupun percakapannya sudah tidak jelas, tentulah sebagai seorang bapa dia ingin berjumpa anak-anaknya.
"Dia (anak sulung) ada bal@s 'Allahuakbar, terima kasih maklumkan'. Lepas itu kami tunggu pagi dan petang, tapi tak ada juga datang. Saya anggap belum ada rezeki untuk mereka berjumpa," jelasnya.
Ujar Shamsidah, walaupun sedih dengan situasi ini, arwah Isma sentiasa berlapang dada dan tidak menyimpan sebarang rasa kec£wa.
"Tak tahulah kenapa, tapi bagi saya ayah tetap ayah. Arwah selalu pesan, selagi anak-anak bahagia, dia pun tumpang bahagia," tuturnya yang memberitahu, kali terakhir arwah Isma bertemu anak-anak adalah sekitar dua tahun lalu dan sejak itu mereka tidak pernah muncul termasuk ketika sambutan Aidilfitri.
Difahamkan, Allahyarham mempunyai seorang isteri serta anak lelaki dan perempuan yang masing-masing menetap di Perak dan Shah Alam, Selangor.
Terdahulu, Allahyarham Isma ketika ditemui dalam Majlis Raikan Ramadan bersama Artis di Restoran Haslam, Kuala Lumpur pada awal April 2024, meluahkan keinginannya untuk bertemu dua anaknya.
Luahan hatinya ini mendapat perhatian anak sulungnya, Nor Ismalina yang datang menziarah bersama suaminya pada hari raya pertama, bagaimanapun kedua-dua anak Isma tidak pernah mengunjungi Allahyarham lagi selepas itu.
Untuk makluman, Allahyarham Isma mendirikan rumah tangga dengan Norha Rafie dan mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Nor Ismalina dan Muhammad Aliff.
Isterinya membuat keputusan untuk pulang ke kampungnya di Perak bersama anak kedua semasa pand£mik C0V1D dan membuat keputusan untuk terus menetap di sana, manakala anak sulungnya pula difahamkan menetap di Shah Alam bersama keluarganya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment