Pelakon Zizan Nin, 53, baru-baru ini telah muncul dalam satu p0dcast, dimana dia berkongsikan, pengalaman menerima tawaran iklan pertamanya selepas menganggur agak lama.
Menerusi video yang kini tular di media sosial itu, Zizan turut menceritakan penglibatannya dalam industri hiburan sehingga mengembangkan kerjaya sebagai pengarah dan penerbit.
Namun apa yang menjadi perhatian, penampilan terkini Zizan ini telah mengejutkan ramai pihak dimana rata-rata netizen berkata, mereka hampir tidak mengenali pelakon itu kerana dilihat berbeza.
Klik untuk gambar besar
Bukan itu sahaja, malah ada yang meninggalkan komen mempers0alkan sekiranya Zizan ini mengenakan rambut palsu.
Sementara itu, Zizan tampil mengulas kec@man netizen berhubung imej dan penampilan terkininya yang didakwa sangat berbeza dari dulu, dimana dia kini berada pada fasa matang dan seiring dengan peningkatan usianya.
"We grow old not young (Kita semakin tua bukan muda). Lainlah kalau saya masih kekal 21 tahun. Itu agak membimbangkan. Saya tiada apa yang nak diubah sama ada sunt1kan bot0x atau pemb£dahan kosmetik.
"Alhamdulillah, dipanjangkan usia dan kekal sihat pun, saya sangat bersyukur," katanya yang turut menjelaskan, dia tidak cepat melatah dengan kec@man dari netizen itu.
"Saya okay saja dan berasa lucu juga serta tak ada rasa emosi0nal pun. Itu hak masing-masing menggunakan platform mereka. Terpulanglah, apa yang ditulis kerana ia sebaliknya mencerminkan mentaliti dan peribadi individu itu sendiri," tuturnya.
Dalam pada itu, Zizan yang turut bergelar pengarah, menjelaskan, dia kini fokus pada kerja di belakang tabir dan disebabkan itu juga dirinya sudah lama tidak muncul depan kamera.
"Saya kini banyak buat kerja belakang tabir dan kerap di undang sebagai panel penilai dan pensyarah jemputan untuk berkongsi ilmu pengalaman dalam industri seni tanah air.
"Beri peluang lah pada hero baru untuk pertaruhkan bakat mereka supaya kita tidak ketandusan pelapis dalam bidang seni," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment