08 January 2026

WANNA ALI KATA BUKAN MUDAH CARI LELAKI 'PROVIDER' : "LELAKI YANG BAIK PADA ZAMAN SEKARANG INI SEPERTI SUDAH PUPUS"



"Memang sus@h nak cari lelaki 'pr0vider' yang boleh menyara pasangan. Saya rasa lelaki yang benar-benar baik pada zaman sekarang ini seperti sudah pupus.

"Semoga berjaya kepada wanita di luar sana kerana hakikatnya memang tidak mudah. Apabila topik lelaki 'pr0vider' dibincangkan, ada yang memberi reaksi seperti 'apa awak boleh beri kepada saya?'.

"Sedangkan dalam agama kita sudah jelas bahawa lelaki bertanggungjawab menyediakan nafkah. Dalam masa sama, wanita juga perlu menjadi isteri yang taat dan setia kepada suami."

Klik untuk gambar besar

Itulah kata pelakon Wanna Ali, dimana dia berpendapat bukan mudah untuk mendapatkan lelaki yang bertanggungjawab atau 'provider' dan sanggup menyara keluarga.

Ujar Wanna lagi, dalam ajaran Islam sudah digariskan bahawa nafkah merupakan tanggungjawab lelaki, manakala wanita pula perlu menjadi isteri yang taat.
Dalam pada itu, ulasnya lagi, ianya tidak menjadi kesal@han untuk wanita yang berdikari menetapkan standard dalam memilih pasangan.

"Saya tidak melihat ia sebagai sesuatu yang buruk apabila seorang wanita yang sudah berdikari dan menyara diri mahukan seorang lelaki yang mampu menyara dirinya pula.
"Jika saya mahu berkahwin, tidak logik sekiranya saya pula yang perlu menyara suami," tuturnya yang dalam masa sama turut bersyukur dikurniakan suami yang bertanggungjawab dan menjaga kebajikannya sejak mereka mendirikan rumah.

"Kalau orang kata saya nampak lebih berseri selepas berkahwin, itu kerana suami menjaga saya dengan baik," selorohnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: