08 January 2026

TINGGAL KENANGAN WAD KATIL 24 - ADIK TERHARU DENGAN PERGORBANAN ALLAHYARHAM ISMA ALIFF, JAGA MAK SAMPAI AKHIR HAYAT



Adik kepada pelakon dan penyanyi, Allahyarham Isma Aliff iaitu Shamsidah Ismail, 60, meluahkan rasa terharu dengan arwah abangnya yang setia menjaga ibu mereka dan menyifatkannya satu pengorbanan besar yang tidak semua mampu melakukannya.
"Saya panggil bilik itu Wad Katil 24. Rumah itu kan nombor 24. Dalam bilik itu, katil kedua-dua arwah (emak dan abang bersebelahan). Bila malam-malam, mereka bercakap berdualah.

"Tapi bila mak tak ada, abang tinggal seorang diri sehinggalah dia pun dah tiada. Memang besar pahalanya. Bahagian dialah dapat jaga mak sampai akhir hayat mak.

"Abang pun tak berkemampuan nak pindah-randah dan kekal di situ. Rumah itu menjadi kenangan buat kami," katanya sambil menangis.

Dalam pada itu, Shamsidah yang turut membesar di rumah di Kampung Melayu Tambahan, Ampang, menjelaskan, rumah itu sebenarnya bukan milik mereka lagi.

"Ia dah dijual oleh adik ketiga (bongsu) kepada jiran bersebelahan kerana ada masalah kewangan. Dia cakap dengan mak untuk jual dan mak setuju sebab simpati dengan adik.

"Jiran itu baik dan benarkan mereka tinggal di situ dan sewa bulan dibayar oleh zakat memandangkan mak tak berkemampuan. Rezeki mereka dapat tinggal situ sampai habis nyawa.

"Alhamdulillah... semua Allah dah kurniakan. Rezeki saya dapat jumpa abang pagi itu dan dapatlah ajar dia mengucap," tuturnya yang juga berkata, abangnya sangat baik dan bertanggungjawab sehingga sanggup berhenti sekolah semasa tingkatan empat bagi memberi laluan kepada adik-adiknya belajar.

Dalam pada itu, Shamsidah mengulas pandangan netizen yang memberikan pelbagai kenyataan terutamanya membabitkan kehidupan abangnya, dimana kongsinya mereka tidak berada dalam situasi itu.

"Bagi saya sebagai adik, saya daripada kecil dengan abang dan membesar bersama. Dia seorang ketua keluarga yang baik," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: