Nampaknya nama Jefri Nichol semakin hangat diperkatakan apabila pelakon Indonesia kini dikaitkan pula dengan bekas isteri kepada Na Daehoon iaitu pemp£ngaruh kontr0versi, Jule.
Lebih menguatkan sp£kulasi itu, Jefri, 27, dan Jule, 26, didakwa keluar bercuti berdua-duaan di Bali, Indonesia baru-baru ini dan gambar mereka berdua turut dirakamkan disana.
Gambar yang dikongsikan itu bagaimanapun sukar untuk mengenalpasti identiti dua individu berkenaan kerana ia dirakam dari jarak agak jauh.
Klik untuk gambar besar
Turut menjadi perhatian, penampilan Jule atau nama sebenarnya Julia Prastini, dilihat tidak lagi mengenakan tudung dan berpenampilan seksi.
Bukan itu sahaja, malah peminat mula menyelongkar kembali hantaran lama Jefri di media sosial dan hasil daripada semakan itu, mereka menemui satu komen yang ditinggalkan Jule pada 9 Mac 2021 : "Adakah dia mahu (bercinta) dengan aku?" komennya.
Tarikh komen tersebut juga agak meng£jutkan peminat kerana ia dibuat beberapa bulan sebelum Jule berkahwin dengan bekas suaminya, Na Daehoon dan situasi berkenaan menimbulkan tanda tanya mengenai hubungan mereka ketika itu.
"Baru tahu yang Jule ini memang perangai seperti ini. Mujurlah mereka sudah bercerai."
"Semua lelaki dia nak! Biar betul Jule ni?" antara komen-komen yang ditulis netizen.
Untuk makluman, Jule bernikah dengan jejaka asal Korea, Na Daehoon, 33, pada Julai 2021, namun mereka sah bercerai pada 30 Disember tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Na Junho, 4; Na Eunho, 3; dan Na Jena, 2.
Jefri pula sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu pemp£ngaruh media sosial, Ameera Khan.
Namun pada November lalu, Jefri dan Ameera dilihat telah pun memadam gambar bersama di media sosial, sekaligus menimbulkan sp£kulasi hubungan mereka kini sudah berakhir.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!








No comments:
Post a Comment