17 August 2011

CINTA LISA DAN YUSRY - DONGENG ATAU REALITI?

Bak kata orang, masakan perigi mencari timba!

Mungkin begitulah agaknya nasib Lisa Surihani yang digosipkan bercinta dengan Yusry Abdul Halim. Baru sahaja Media perdana mendedahkan yang mereka kemungkinan bakal berkahwin 2012 nanti, tiba-tiba timbul penafian KRU mengenai perkara itu.

Dakwa mereka, ia adalah satu salah faham walaupun tidak menafikan mempunyai hubungan istimewa. Dalam hal ini, siapa yang salah... media perdana yang beriya mahu mengorek cerita atau Yusry dan Lisa yang berkias-kias? Tepuk dada, tanya selera!

Harapan kita semoga kisah cinta ini bukan satu lagi kisah dongeng Cinderella yang nampak bahagia di depan tetapi akhirnya kelam ditelan waktu. Moga ia akan menjadi gosip indah buat peminat Yusry mahupun peminat Lisa yang kemungkinan mahu kisah cinta itu menjadi kenyataan satu hari nanti.


Kenyataan akhbar KRU:
Klik untuk imej besar...




ANDA MUNGKIN BELUM BACA:
LISA & SHAHEIZY KAHWIN...
Aug 12, 2011
Mereka berdua memang nampak sepadan... malah sama popular dalam industri seni! 'Saya Amat Mencintaimu'.. Klik untuk cerita lanjut..!!




.

No comments: