15 September 2011

HAK ADDA UNTUK BERSUARA - FIDA

Meskipun kekasihnya dilanda kontroversi akibat kenyataan Adda yang disifatkan kurang enak, namun pelakon Rafidah Ibrahim tetap tenang. Tuduhan bahawa Mamat Sepah seorang yang curang, buaya darat dan kaki perempuan dilihat langsung tidak meracun fikirannya.

“Itu hak Adda untuk bersuara. Mungkin Adda lebih kenal Mamat sebab mereka dah lama kenal. Fida ini baru saja kenal Mamat,” ujar Fida dipetik sebagai berkata.

“Ada beberapa kisah Mamat yang Fida tak tahu tapi Mamat yang telefon beritahu Fida. Jadi Fida rasa benda lama biarlah Mamat dengan Adda sendiri, Fida tak nak burukkan keadaan dengan komen dan sebagainya.”



“Entahlah, Fida pun tak tahu. Fida baru nak kenal Mamat. Fida tak pertahankan Mamat mahupun Adda sebab Fida baru nak rapat dengan dia," jelasnya mengulas mengenai dakwaan Mamat Buaya darat.

“Dengan Adda pun Fida belum kenal. Fida percaya semua benda sekarang dibayar dengan ‘cash’. Fida percaya kalau berlaku tak jujur kat sini, perhubungan ini akan sekejap sahaja. Tapi kalau boleh, Fida nak lamalah.

“Terpulang kepada Mamat, kalau dia nak berubah daripada apa yang ramai sedang perkatakan sekarang, insyaAllah perhubungan kami akan bertahan lama. Selagi tak berlaku kepada Fida, kami akan kekal sebegini," katanya penuh sopan.


No comments: