28 December 2011

KEVIN ZAHRI NAFI SAMBUT KRISMAS


Health Instructor dan juga model, Kevin Zahri menafikan yang beliau menyambut krismas baru-baru ini berikutan tersebarnya gambar pokok krismas yang diambil melalui facebooknya sendiri. Dakwa Kevin, dia tidak menyambut perayaan Krismas dan menolak tuduhan segelintir pihak yang seolah-olah memperlihatkan dia seperti mengagung-agungkan agama Kristian.

Bagaimanapun, Kevin mengakui bahawa pokok Krismas yang dilihat dalam rumahnya menerusi facebook tersebut milik beliau dan ia dibeli hanya sebagai perhiasan kerana anaknya, Rafael Zahri (1 tahun), amat meminati pokok tersebut.

Klik untuk imej besar...




“Saya merasakan gambar itu bukan isu besar dan peminat telah salah faham kerana saya bukan berniat untuk menyambut Krismas tetapi membeli pokok itu untuk anak saya yang meminatinya.

“Lagipun, hadiah-hadiah yang dibeli itu sempena ulang tahun pertama kelahiran anak saya yang jatuh 22 Disember lalu,” kata Kevin dipetik sebagai berkata.

Isu pokok krismas menjadi hangat di forum sembang lantaran dia bersama anak dan isterinya, Rio Elani, 24, bergambar berlatarbelakangkan pokok Krismas. Akibat dihemtam teruk, Kevin akhirnya mengambil keputusan untuk memadam gambar tersebut dari Facebooknya.

“Bagaimanapun, saya menghormati pandangan peminat dan akan memadam gambar itu bagi mengelakkan salah faham," ujarnya.

Klik untuk imej besar...


BERIKUT ADALAH PETIKAN DARIPADA FACEBOOK KEVIN:
"since rafa likes xmas so much.. we got a small one and celebrated with our lil prince."

UPDATED:
Kevin Zahri :"apologies for the earlier photo post. I have decided to remove it."


KOMEN PEMINAT DAN PELAWAT FACEBOOK KEVIN:
Hali Mah Sebagai seorg Muslim kita tak sambut perayaan agama org non-Muslim sbb ia melibatkan aqidah . Menghormati hak mereka tapi kita tak meraikannya.
46 minutes ago · Like · 9

Cempaka Sari heehee kevin, i guess you should delete this post now..later ppl will bang you non-stop..
41 minutes ago · Like · 6

Shahi Esfelazi I dun see nuthin wrong, cuz your faith is with God not some tree MERRY XMAS!!!
31 minutes ago · Like · 1

Ai Kamarudin no shahi, its haram! Kevin, sorry to say, it is not rite. Menyebut merry christmas pun haram,apatah lagi menyambutnya. Go google!
28 minutes ago · Like · 5

Ilmam Hakim ?Kevin Zahri, dude respecting xmas is differ from celebrating it....and we as muslim should respect xmas but not to celebrate it....Its Haram indeed..and this goes to any other celebrations like Chinese New Year, Deepavali and other religions' celebration ...and many MALAYSIANS doesn't know about it....
20 minutes ago · Like · 2

Noris Sahri terimalah teguran dgn jiwa yg terbuka...Islam itu mudah tp bkn bermakna boleh senang2 dipermudahkan...
18 minutes ago · Like · 1

Zee Yusof I concur with the above statement. U should delete this post. As a muslim, we are not allowed to wish @ celebrate non muslim festival
16 minutes ago · Like · 2

Nuhairi Azwan Sorry kevin, although we r ur fan, but for this, u r totally WRONG!!
4 minutes ago · Like

No comments: