24 February 2012

GELANG BERLIAN UNTUK LISA SURIHANI


Apa yang anda hendak hadiahkan kepada pekerja kesayangan yang telah banyak berjasa kepada syarikat anda? Tambahkan pula, pekerja itu telah banyak membuat keuntungan kepada syarikat hingga berjuta ringgit melalui popularitinya melalui banyak filem.

Mungkin atas kesedaran itulah agaknya David Teo dengan murah hati menghadiahkan satu gelang berlian yang kemungkinan harganya 'boleh tahan' untuk perkahwinan Lisa Surihani. Takkan jutawan Metrowealth itu nak hadiahkan gelang yang dibeli daripada 'Petaling Street' ya tak?

Klik untuk imej besar...






Rasanya paling kurang harga gelang tersebut RM10,000 atau lebih.

Untuk info, bukan Lisa sahaja yang dapat hadiah, tetapi Yusry juga dapat hadiah misteri dalam kotak kecil yang sama bentuk dengan isterinya. Namun isinya menjadi rahsia antara Yusry dan david... tapi yang pasti ianya barangan mahal dan bukan 'jus tongkat ali'!


EXTRA:
Gambar adik beradik Lisa Surihani bersama Abang Ipar....




Dari Kiri :
Abang sulung (Azan), abang kedua, ibu Lisa, abang ketiga dan adik bongsu (paling kanan)


No comments: