05 February 2012

KELUARGA LIUNEY NAFI GOSIP 'CINTA APEX'


Bapa saudara Liuney, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi, yang juga pengarah urusan Khairul Fahmi menafikan gosip yang melanda Apex dan anak saudaranya. Tambahnya, anak saudaranya tiada hubungan dengan Apek, manakala Liuiey pula meminta pihak yang menuduh untuk mengeluarkan bukti yang dia ada keluar dengan Apek.

Sebenarnya Leuney tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Apek. Tuduhan itu merupakan salah faham dan Apek tidak ada kaitan dengan isu putus tunang di antara Leuniey dan pasangannya.

Hal ini dinyatakan oleh Mohd Irwan dan Liuney melalui dua artikel dalam blog Detik Perubahan baru-baru ini.

Saya lihat tuduhan ini dibuat kerana ada pihak yang tidak senang dengan kejayaan yang dicapai oleh Apek selama ini.

Saya memang rapat dengan Apek. Saya kontraktor rumahnya dan dia beli rumah dengan saya. Hubungan kami sangat rapat.

Menurut Mohd Irwan, kontroversi itu bermula apabila dia membawa Apek ke rumah abang iparnya untuk mengambil anaknya.



Pada Disember lalu saya hantar anak saya ke rumah abang ipar…dan sewaktu mengambil kembali anak saya bawa Apek sekali. Anak-anak buah saya gembira dan mereka mengambil peluang untuk bergambar dengan Apek. Gambar itu pula di’posting’kan di dalam Facebook.

Ketika gambar itu diambil Liuney tidak ada di rumah kerana ada tugasan ‘make –up’ pengantin. Saya hanya berjumpa dengan dia di pagar rumah sewaktu ingin pulang,

Katanya, pelbagai cerita mula timbul semenjak gambar-gambar itu dimuat-naik ke Facebook.

Kontroversi itu semakin menjadi-jadi apabila abang ipar saya, iaitu ayah Eilunie, Nazri dipanggil ke rumah Apek untuk membincangkan urusan perniagaan. Nazri ditugaskan untuk membuat logo syarikat Apek.

Kunjungan Nazri itu disalah ertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang tidak tahu pucuk pangkalnya.

Menurut beliau lagi, Apek dan Liuney tidak pernah bercakap antara satu sama lain.

Bagi saya tuduhan ini dibuat oleh mereka yang iri hati dengan kejayaan Apek selama ini dan nak jatuhkan Apek.

Kalau dilihat setiap kali Apek menghadapi perlawanan besar pasti ada kontroversi yang ditimbulkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini jelas menunjukkan ada pihak cemburu dengan kejayaan yang dikecapi Apek.

Bila dia tubuh syarikat pun macam-macam fitnah dilemparkan.

Saya amat kesal dengan berita ini kerana keluarga abang ipar saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Apek. Mereka hanya berhubung disebabkan urusan kerja bukan sebaliknya.

terdahulu, Liuney yang ditemui media di butik pengantin milik ibunya pula berkata agak terkejut dengan fitnah dan tuduhan itu. Dia tak nak komen apa-apa sebab dia tiada kaitan. Kalau benar buktikan dia pernah keluar dengan Apek.

Sementara itu, ibunya, Norlaila Abu Bakar berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap anaknya itu.

Saya amat terkejut dengan fitnah yang dilemparkan itu. Saya sudah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang dan kini dalam proses perbincangan dengan pihak peguam.

Menurutnya keputusan itu diambil unuk memullihkan imej keluarga dan perniagaannya. Sementara itu, Apek dikatakan tidak terganggu dengan kontroversi terbaru ini manakala Kosmo hari ini melalui kolumnis Diva menceritakan yang Apek telah beberapa kali keluar dengan pelakon Nora Danish.

No comments: