23 February 2012

UPDATE: PERNIKAHAN YUSRY DAN LISA SURIHANI


UPDATE:

Lisa Surihani Mohamed, 26, sah menjadi isteri kepada Yusry Abdul Halim, 39, dengan hanya sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, tepat jam 9:01 malam tadi.

Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, iaitu Mohamed Azan Mohamen.

Dianggarkan kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media hadir di majlis tersebut.

Klik untuk imej besar...











JAM 10.15 MALAM...








JAM 10.08 MALAM





JAM 9.45 MALAM...

Yusry dan Lisa di Pelamin...






Untuk info, sembilan dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan telah dibalas dengan tujuh dulang hantaran. Antaranya ialah (pihak perempuan) berupa tepak sirih, sebentuk cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, set kelengkapan sembahyang, keyboard, koleksi lagu-lagu The Beatles dan kek. Sementara pihak lelaki pula berupa tepak sirih, sebentuk cincin, mas kahwin berupa seutas rantai platinum, wang hantaran, kelengkapan sembahyang, manisan berbentuk kristal, kek perkahwinan berperisa vanila.

Bagaimanapun, pasangan ini enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.

Manakala dua hari lagi, akan berlangsung pula majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan seramai 1500 tetamu.

Difahamkan, pasangan ini akan berbulan madu di Eropah sebaik sahaja majlis resepsi selesai diadakan.


JAM 8.58 MALAM....

Yusry ketika akad nikah... 




JAM 8.50 MALAM...







JAM 5.30 PETANG...

Suasana di Marriot diperiksa untuk majlis nikah...


Kawasan di mana Yusry dan Lisa bersanding...


Tempat persandingan Yusry dan Lisa...




No comments: