Iman Tang, jejaka yang dikatakan berjaya mencuri hati pelakon dan model Nasha Aziz mengakui teringin untuk mempunyai keluarga sendiri. Namun katanya dia ingin menunaikan umrah terlebih dahulu dan kemungkinan akan mengambil langkah seterusnya selepas itu.
“Buat masa ini no comment. Tengoklah nanti jika ada jemputan, InsyaAllah. Memang ada perancangan, maklumlah setiap manusia ingin hidup berkeluarga. Lagipun saya sendiri suka sangat dengan budak kecil. Apa-apapun saya rancang nak pergi umrah dulu,” ujarnya ketika ditemui media semalam di sidang akhbar ‘Cromok Reunion Trashing KL 2012’ di Club 63, Sheraton Imperial Hotel.
Klik untuk imej besar...


Bagaimanapun, bila ditanya bilakah dia merancang mahu mendirikan rumahtangga bersama Nasha, Iman enggan mengulas lebih lanjut. Katanya dia tidak mahu menjaja kisah peribadi yang masih belum pasti.
Terdahulu tahun lalu, Nasha ketika ditanya media mengenai hubungannya dengan Iman mengatakan hubungan mereka okey sahaja. Namun katanya ada beberapa halangan yang membuat perkahwinan mereka belum menjadi realiti.

“Hubungan kami masih okay dan saya juga melihat tali silaturahim kami sebagai saudara seagama itu tidak akan putus sampai bila-bila pun. Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, ada beberapa halangan buat kami menuju ke arah perkahwinan,” katanya dipetik sebagai berkata.
Apa-apapun, marilah kita doakan moga Nasha benar-benar bertemu jodoh kali ini setelah putus cinta beberapa kali. Dalam hal ini, yakinlah bahawa jodoh itu datang daripada Allah dan telah ditentukan sejak azali lagi.
No comments:
Post a Comment