28 March 2012

TARIKH NIKAH AWAL & SCHA 4 MEI INI


Bertempat di Flora Cafe, Ampwalk, pasangan dua sejoli iaitu Awal dan Scha mengumumkan bahawa mereka akan bernikah pada 4 Mei di Pullman Putrajaya manakala majlis persandingan akan berlangsung pada 6 Mei di PICC, Putrajaya.

Lebih meriah lagi, majlis pernikahan dan persandingan itu akan disiarkan secara langsung di Astro Ria dengan episod-episod menarik hari bahagia tersebut. Selain itu, mereka juga bakal menerima tajaan daripada Bateel Asia, pengeluar konfeksi gourment mewah bertaraf antarabangsa bernilai RM60,000.





Dimaklumkan, Scha dirisik oleh Awal hampir 6 bulan yang lepas. Namun ketika menghadiri kursus kahwin baru-baru ini, Scha disahkan menghidap penyakit demam denggi dan terpaksa dimasukkan ke hospital selama seminggu.

Tahniah diucapkan..!

No comments: