06 April 2012

ADDA NAFI BERMADU..!


Akhirnya penyanyi dan pelakon Nur Syuhada Baharuddin, 24, selamat bernikah dengan Farizwan Mohd yang berusia lebih 16 tahun daripadanya. Mereka bernikah pada 30 Mac lalu di rumah keluarga lelaki di Pulau Pinang dalam majlis sederhana secara rahsia daripada pengetahuan media.

Akibat berkahwin secara sembunyi itu, timbul pelbagai gosip yang mendakwa kononnya Adda berkahwin dengan suami orang dan memilih lelaki itu kerana harta. Tambahan pula, dalam entry terbaru Adda di laman facebook, dia ada memuatkan sekeping gambar rumah baru 'hadiah' daripada suaminya.

Klik untuk imej besar...



Rumah baru hadiah suami...




“Sejujurnya memang saya rasa sedih sangat dengan gosip yang timbul ini. Kadang-kadang saya terfikir apa salah saya. Saya cuma ingin hidup bahagia bersama suami seperti isteri-isteri di luar sana.

“Saya minta maaf kerana tak beritahu mahupun menjemput peminat dan media ke majlis pernikahan saya. Saya tak jemput kerana memenuhi permintaan keluarga sebelah suami yang tak mahukan publisiti.

“Sebagai bakal isteri, sudah tentu suami saya yang menjadi keutamaan sekarang. Saya juga perlu mengambil kira kehendak keluarga sebelah suami.

“Kalau ada yang cakap saya nikah senyap-senyap sebab berkahwin dengan suami orang, itu tak benar sama sekali. Memanglah Farizwan tu nampak agak berusia, tapi dia bukanlah suami orang atau pun duda.

“Saya pun tak tahu apa yang telah saya lakukan sehingga ada yang tak puas hati dengan perkahwinan kami. Berkahwin adalah perkara yang elok di sisi agama. Sepatutnya sebagai sesama Islam kita patut sama-sama mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain.

“Saya kasihankan suami yang tak biasa dengan gosip-gosip seperti ini. Ye laa… dia bukan dari kalangan artis, jadi ini perkara baru yang harus dia hadapi. Saya merayu janganlah sensasikan lagi perkahwinan kami. Sudah ditakdirkan kami bertemu jodoh. Saya memang tak mampu nak tutup mulut orang. Saya selalu berdoa agar Allah tetapkan hati saya supaya banyakkan sabar.

“Saya rasa bertuah mempunyai suami yang memahami dan selalu menyokong saya dalam apa jua keadaan. Walaupun timbul cerita-cerita yang kurang sedap didengar tentang perkahwinan kami, dia tetap bersabar dan boleh dibawa berbincang. Dia tak mudah melenting dan bersikap cool je… Susah nak cari lelaki seperti dia. Bila fikir-fikir balik, semua ini ada hikmahnya. Ia menguatkan kasih sayang dan cinta antara kami," demikian ujar Adda dipetik sebagai berkata kepada media.

Meskipun diselubungi gosip, namun Adda tetap tenang dan merancang mahu mempunyai empat anak sekiranya diberi rezeki oleh Allah.

“Siapa tak nak anak kan? Kami tak pernah merancang. Tapi kalau boleh kami mahukan empat orang anak sahaja. Dua lelaki dan dua perempuan.

“Namun itu terserahlah kepada soal rezeki. Jika kami dikurniakan anak yang ramai pun lagi bagus. Itu semua rezeki Allah. Buat masa ini kami nak menghabiskan banyak masa bersama sebelum fikirkan nak mengandung. Doakanlah kebahagiaan kami ya," tambahnya yang merancang untuk mengadakan majlis persandingan di Cheras Selatan, Selangor.

No comments: