02 April 2012

AZZA ELITE SAH ISTERI AZLAN


Usia bulan penghalang untuk Azlan Zulaily,25, memperisterikan Azza Elite atau nama sebenarnya Azzarima Zawari,34. Malah jarak usia sembilan tahun dianggap oleh Azlan sebagai matang dan mampu membahagiakan rumah tangga yang dibina.

"Saya tidak pernah mengira usia, sebaliknya menerima Azza kerana sifatnya yang suka berterus terang. Yang penting dia seorang yang kelakar. Itu yang menyebabkan saya menyukainya," katanya dipetik sebagai berkata selepas diijabkabulkan di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.





Untuk info, pihak lelaki memberikan sembilan dulang hantaran dengan Wang hantaran sebanyak RM10 ribu berbalas sebelas oleh pihak perempuan.

Selepas ini, satu majlis resepsi akan diadakan di Ipoh, Perak dan mendapat tajaan pasaraya Mydin. Bagaimanapun, bila tarikh majlis itu akan diadakan masih belum ditetapkan.











No comments: