03 April 2012

GOSIP KAHWIN ROZITA: DATUK K TERTEKAN


Gara-gara gosip yang mendakwa Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K menjalin hubungan dengan Rozita che Wan, suaminya kini agak tertekan, demikian dinyatakan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza sendiri.

"Gosip itu secara dasarnya telah memfitnah beliau dan sudah tentu menjejaskan emosinya kerana beliau telah dipandang serong oleh segelintir kenalan," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media.





Bukan sekadar hubungan biasa, tetapi ada segelintir blog hiburan turut mendakwa kononnya Datuk K bakal berkahwin dengan Rozita.

Bagaimanapun, terdahulu Rozita turut menepis fitnah tersebut dan menganggap ia bertujuan untuk mengaibkan dirinya.

Menjawab soalan lain, Siti menjelaskan yang dia mempercayai keikhlasan Datuk K dan tidak pernah mempunyai perasaan curiga.

"Saya kenal siapa Datuk K kerana dan sepanjang perkahwinan kami belum pernah ada perasaan sangsi di antara satu sama lain. Tambahan pula, kami sering bersama," ujarnya.

“Rozita juga adalah mangsa dan hubungan kami tidak mempunyai sebarang masalah. Rozita sendiri sudah menafikan perkara itu dan tidak perlu rasanya untuk saya berjumpa dan meminta penjelasan,” kata Siti lagi bila ditanya apakah beliau ada berjumpa dengan Rozita bagi berbincang mengenai perkara itu.

No comments: