26 September 2012

NOSTALGIA - PAHIT GETIR SHILA AMZAH


Ramai yang sudah mengetahui bagaimana Nurshahila Amir Amzah (Shila Amzah), 22, meraih kemenangan bergaya dalam pertandingan Asian Wave di China baru-baru ini. Malah sebelum ini juga dia pernah bergelar sebagai penyanyi terbaik dunia di Penang Shanghai World Star Guest (PSWSQ) pada tahun 2008.

Namun begitu, tidak ramai yang tahu pahit getir Shila di awal kemunculannya dengan menggunakan nama 'Shahila'. Ini kerana, pelbagai pahit manis terpaksa dilalui keluarganya hingga pernah bergolok bergadai untuk mencari sesuap nasi.

Klik untuk imej besar...



Bak kata pepatah, teman ketawa senang dicari, teman menangis seorang diri...

Semuanya berlaku pada tahun 2000 hingga 2005, ketika Shila masih mahu mencipta nama di persada seni. Ketika itu, sebaik bapanya (N.D Lala) selesai sembahyang raya, bapanya akan terus balik ke rumah, tutup semua pintu sebab tiada apa-apa hidangan di rumah.

“"Ada satu ketika anak saya tanya kenapa tutup pintu sedangkan ada kanak-kanak yang datang nak beraya, saya terpaksa suruh anak senyap, memang pada masa tu kehidupan saya cukup sengsara,”" ujar N.D Lala kepada media.

Tambahnya, dia terpaksa berbohong pada kedua-kedua belah keluarga serta keluarga mertuanya tentang balik kampung disebabkan kesusahan hidup.



“"Saya pernah cakap kepada keluarga tahun ni tidak balik Ipoh sebab beraya di rumah mertua di Banting dan perkara sama juga saya beritahu pada keluarga mertua yang saya tidak balik Banting kerana terpaksa beraya di Ipoh. Sebenarnya saya hanya duduk beraya di rumah sahaja pada masa tu.

“"Dalam tempoh lima tahun itu juga, saya pernah ditipu sehingga menanggung hutang sebanyak RM1.3 juta dan dikejar bank, itulah peristiwa yang saya tidak akan lupakan sepanjang hidup," jelas N.D Lala tanpa berselindung.

Untuk mengimbas kembali turun naik Shila, myartis pertontonkan video yang kami rakam pada tahun 2004. Untuk info, video ini kami rakam ketika majlis pelancaran album pertamanya di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur.



No comments: