19 November 2012

BEEGO & LINDA HASHIM SELAMAT BERTUNANG


Akhirnya, Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 32, akan melangsungkan perkahwinan dengan aktres Linda Hashim atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 28,  pertengahan tahun 2013 selepas selamat bertunang pada 3 November lalu.

Untuk info, Beego sebelum ini (28 Disember 2007) pernah berkahwin dengan Intan Shahira Mohd Shahru, tetapi kebahagiaan mereka hanya bertahan selama 10 hari.

Klik untuk imej besar...



"Benar saya dan Beego sudah bertunang pada awal bulan lalu (3 November) di rumah keluarga saya di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.

"Tapi saya minta maaf tidak dapat bercerita lebih lanjut kerana keluarga tidak mahu saya kecoh-kecoh buat masa ini," kata Linda kepada media.

Difahamkan dalam majlis pertunangan tertutup itu, Beego memberikan sebentuk cincin, kek dan buah-buahan sebagai hantaran. Selain itu, Linda juga bakal menerima wang hantaran sebanyak RM25,000 pada majlis perkahwinannya dengan Beego nanti.

"InsyaAllah, jika tiada aral kami rancang untuk melangsungkan perkahwinan pada pertengahan tahun depan. Kami belum putuskan tarikh tertentu lagi," tambahnya bila diminta mengulas lanjut mengenai rancangan perkahwinan tersebut.

Apapun, tahniah diucapkan buat pasangan ini. Harapan kita, apa yang dirancang itu bakal berjalan dengan lancar.

No comments: