18 December 2012

SHILA AMZAH DILAMAR SHARNAAZ?


Khabar gembira untuk semua! Shila Amzah telah pun mengumumkan di Twitternya bahawa beliau sudah menerima lamaran daripada cinta hatinya, Sharnaaz Ahmad. Bagaimanapun, beberapa jam selepas itu, pengumuman tersebut tiba-tiba telah dipadam dan tidak dapat dibaca di 'timeline' miliknya.

Persoalannya, apakah ia benar-benar pengakuan dan pengumuman Shila atau ia hanya sekadar gurauan semata-mata? Atau mungkinkah akaun Twitter Shila turut sama 'di hack' seperti yang didakwa oleh Sharnaaz mengenai isu merajuk?

Klik untuk imej besar...




Tweet yang telah dipadam - Klik untuk imej besar...


Ini kerana ketika tampil menyampaikan Anugerah Lagu Terbaik, Shila Amzah pernah menyatakan bahawa yang dia terlupa mahu mengucapkan terima kasih pada cinta hatinya hingga beliau (Sharnaaz) merajuk. Tambah-tambah apabila Shila menyanyi dengan Taufik Batisah.

Namun tidak lama selepas itu, dakwa Shila, kenyataannya mengenai cinta hatinya merajuk adalah gurauan semata-mata. Malah Sharnaaz juga mendakwa akaunnya telah diceroboh oleh hacker... dan kata-kata merajuk bukanlah ditulis olehnya.



Kesimpulannya, memang pening melihat kisah cinta Shila dan Sharnaaz yang penuh dengan drama dan ketidakpastian. Namun jika benar Sharnaaz telah melamar Shila... ayuh kita doakan agar mereka selamat mendirikan mahligai bahagia.

Moga selepas berkahwin nanti, Sharnaaz akan menjadi lebih matang berbanding sekarang. Amin.

No comments: