10 June 2013

7 GAMBAR - PERNIKAHAN BEEGO & LINDA


Akhirnya pasangan Beego (Md Aszerul bin Nizam Abdullah), 33, dan Linda Hashim (Norhazlinda Hashim), 29, kini bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz. Mereka melangsungkan pernikahan selepas sembahyang Isyak, kira-kira jam 9.30 malam Jumaat lalu.

Klik untuk imej besar...



Untuk makluman, mas kahwin Linda ialah RM300 dan wang hantarannya pula sejumloah RM35,000. Manakala sembilan dulang hantaran berupa tepak sireh, sepasang kasut Quince, seutas jam Titos, sebentuk cincin & wang hantaran kahwin, sepasang jubah, set minyak wangi dan sebuah beg tangan Furla telah dihantar oleh pihak lelaki.

Manakala, pengantin perempuan pula membalas hantaran berupa seutas jam tangan D&G, sepasang baju Polo, sepasang kasut Bershka, cermin mata hitam Cartier, sebentuk cincin Emporia Armani, coklat Hershey’s, buah-buahan, set penjagaan diri L’eau D’issey Pour Homme dan sireh junjung.













No comments: