26 June 2013

MASTERCHEF SELEBRITI - SYURA JUARA MUSIM KEDUA


Jika tahun lalu, Fazley Yaakob berjaya merangkul gelaran juara musim pertama program MasterChef Selebriti Malaysia terbitan Astro... tahun ini, giliran penyanyi Syura (Zuraidah Badron) pula memenangi gelaran tersebut menumpaskan seorang lagi saingannya iaitu pengacara Celina Khor.

“Alhamdulillah, saya tidak menyangka kemenangan ini kerana tidak menjangka yang dapat pergi sejauh ini.

Klik untuk imej besar...



"Saya banyak belajar mengenai dunia masakan dalam pertandingan ini, ” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Kemenangan tersebut melayakkan Syura memenangi wang tunai bernilai RM60,500 untuk disumbangkan kepada Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory. Selain itu, selepas ini Syura pastinya tidak menang tangan  melayan jemputan untuk memasak atau menampilkan kemahirannya di seluruh negara.



Untuk info, MasterChef Selebriti Malaysia sejumlahk 40 episod itu sebelum ini telah disertai oleh 19 selebriti tanah air bagi mencuba nasib dalam kreativiti masakan serta ketahanan fizikal.

Antara mereka yang bertanding ialah Michael Ang, Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Norish Karman, Cat Farish, Syanie Hisham, Lydiawati, Enot, Zain Saidin, Rozita Che Wan, Datuk Aznil Nawawi, Sabhi Sadhi, Sathiya, Radhi OAG, Yassin Yahya, Afiq Muiz, dan Keroz Nazri.



No comments: